Tuesday, June 15, 2010

Teknik Menjawab Kimia SPM

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB
INSTRUMEN PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN KIMIA 4541



Untuk mendownload panduan dan modul Perfect Score SBP, sila scroll laman ini hingga ke bahagian bawah.
1.0   FORMAT INSTRUMEN
   
Bil
Perkara
Kertas 1 (4541/1)
Kertas 2 (4541/2)
Kertas 3 (4541/3)
1
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
Ujian Subjektif
2
Jenis Item
Item objektif:
Pilih Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D
Item subjektif:
Bhg A: Item Berstruktur
Bhg B: Item respons Terhad
Bhg C: Item respons terbuka.
Item subjektif:
Item Berstruktur

Item Respons Terbuka.
3
Bilangan Soalan
50 (Jawab semua)
Bahagian A:
6 item (jawab semua)
Bahagian B :
2 item (Pilih satu)
Bahagian C :
2 item (Pilih satu)
Item Berstruktur:
2 item (Jawab semua)
Item Respons Terbuka
1 item (wajib)
4
Jumlah Markah
50
100
50
5
Cara memberi respons
Ditanda pada borang OMR
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
6
Tempoh Ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
1 jam 30 minit
7
Wajaran Konstruk
Pengetahuan-25
Kefahaman-15
Aplikasi-10
Pengetahuan 14
Kefahaman 21
Aplikasi 29
Analisis 21
Sintesis 15
Kemahiran Proses Sains:
16 aspek dengan 3 skor maksimum
8
Aras Kesukaran
R:S:T : 5:3:2

(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar)
R:S:T : 5:3:2

(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar)
-
9
Alat Tambahan
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik

2.0   PANDUAN MENJAWAB

2.1   Kertas 1 (Objektif)
       2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
       2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
       2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
2.2   Kertas 2 (Struktur)
       2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
       2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
       2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
2.3   Kertas 2 (Esei)
       2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
       2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
       2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
       2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
        2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
        2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
2.4   Kertas 3
       2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
       2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
       2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
       2.4.4 Buat latihan melukis graf.
       2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
       2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
              Contoh:
                         (i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
                         (ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
                         (iii) Bahan dan radas
                         (iv) Prosedur
                         (v) Penjadualan data

3.0   KATA TUGAS

Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.
   
Kata Tugas
Penerangan / Contoh
Namakan
> Berikan nama dan bukan formula.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa.
Jawapan: Stanum
Bukan: Sn
Nyatakan
> Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Penerangan tidak diperlukan.
Contoh: Nyatakan satu sifat asid.
Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah.
Nyatakan pemerhatian
> Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.
Bukan: Gas hidrogen terbebas.

> Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.
Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.
Terangkan
> Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen
Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum.
Apakah yang dimaksudkan (Takrif)
> Memberi makna yang tepat.
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.
Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Berikan ujian kimia
> Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+.
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.
Ujian gas
> Menyatakan kaedah dan pemerhatian.
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.
Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil.
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.
Huraikan
> Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida.
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.
Bincangkan
> Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas.
Ramalkan
> Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku betrdasarkan fakta.
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar.
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.
Bandingkan
Bezakan
> Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara.
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.
Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen.
Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen]
Lukiskan gambar rajah radas
> Melukis gambar rajah dengan lengkap

(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam)
(ii) Label
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.
Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk
> (i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga ditunjukkan.
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.
Lukiskan graf
> Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.
> Skala yang sesuai,
> Pemindahan titik betul,
> Bentuk dan graf licin.
> Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.
Lukiskan gambar rajah aras tenaga
> Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak.
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.
> Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.
Lukiskan susunan zarah dalam pepejal
> Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak bertindih. (3x3 @ 4x4)
Lukis arah pengaliran elektron dalam sel.
> Melukis arah pengaliran elektron - anak panah pada atau selari dengan wayar penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.
Tuliskan persamaan kimia
> Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis mesti betul.
Hitungkan
> Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta unit.


4.0   KESILAPAN BIASA CALON
4.1   Soalan Struktur
       4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
       4.1.2 Menyalin semula soalan
       4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
       4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan
       4.1.5 Memberi unit yang salah
       4.1.6 Masalah ejaan pada istilah
4.2   Soalan Esei
       4.2.1 Tidak faham tugasan soalan
       4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi
       4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
       4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap
       4.2.5 Tulisan sukar dibaca
       4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan
       4.2.7 Fakta tidak tersusun
4.3   Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)
       4.3.1 Persamaan tidak seimbang
       4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.
       4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
       4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.
       4.3.5 Kesilapan gambar rajah
       4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.
       4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.
       4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat.
       4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
       4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.
       4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.
       4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.
       4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
       4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja.
4.4   Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat 
   
Bil
Tidak Tepat
Sepatutnya
1
Mendakan perang
Enapan perang
2
Atom yang stabil
Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil
3
Konfigurasi elektron
Susunan elektron
4
Larutan jernih
Larutan tanpa warna
5
Ion iodida bertindak balas lengkap
Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap
6
Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)
Tiada perubahan
7
Mempercepatkan kadar tindak balas
Kadar tindak balas bertambah/meningkat
8
Pembakaran dengan karbon
Pembakaran dengan oksigen
9
Magnesium lebih aktif daripada zink
Magnesium lebih reaktif daripada zink
10
SEK
Siri elektrokimia
11
Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)
Magnesium lebih elektropositif daripada zink.
12
Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)
Magnesium lebih reaktif daripada zink
13
Campurkan ammonia
Campurkan larutan ammonia
14
Larutan kalium permanganat
Larutan kalium manganat(VII) berasid
15
Polistirena dapat mencegah kehilangan haba
Polistirena mengurangkan kehilangan haba
16
Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair
Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
17
Bilangan elektron terluar
Bilangan elektron di petala luar/terluar
18
Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan
Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya
19
Natrium menderma elektron
Atom natrium menderma satu elektron
20
Struktur elektron stabil
Susunan elektron octet
21
Elektron sudah penuh dipetala luar
Terdapat lapan elektron di petala luar
22
Tarikan nukleus ke atas petala luar
Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar
23
Saiz unsur bertambah
Saiz atom bertambah
24
Kadar tindak balas cepat
Kadar tindak balas tinggi/meningkat/bertambah
25
Kadar tindak balas perlahan
Kadar tindak balas rendah/berkurang
26
Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar
Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar
27
Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah
Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah
28
Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik
Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.
29
Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen
Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen
30
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
31
Nombor pengoksidaan ferum berubah
Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3
32
Daya tarikan sebatian ion kuat
Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat
33
Daya tarikan dalam molekul lemah
Daya tarikan antara molekul lemah
34
Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer
Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer
35
Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna
Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna
36
Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala
Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron
37
Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
38
Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian
Sabun merendahkan tegangan permukaan air
39
Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
40
Kuprum didiscas dikatod
Ion kuprum didiscas dikatod

5.0   SIFAT JAWAPAN YANG BAIK
       5.1   Tepat
       5.2   Ringkas
       5.3   Lengkap
       5.4   Jelas
       5.5   Bersih
       5.6   Teratur

6.0   PERINGATAN DAN PESANAN
       6.1   Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:
  • Formula dan persamaan kimia
  • Asid, bes dan garam   
  • Termokimia
  • Kadar tindakbalas
        6.2   Menjawab soalan
  • Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan soalan. Baca soalan dengan teliti. Pastikan jawapan yang diberikan setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.
  • Bagi soalan esei, buat rangka jawapan terlebih dahulu.
  • Banyakkan latih-tubi dengan menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar
  • Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. 
  • Mesti buat latihan penghitungan yang melibatkan pelbagai hubungkait.Dalam penghitungan,unit hendaklah diberi perhatian sewajarnya.
      6.3   Penguasaan

       6.3.1 Bahasa/ istilah
  • Gunakan istilah yang tepat,tidak kabur atau secara umum sahaja
  • Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud atau menerangkan sesutu konsep.
      6.3.2 Formula bahan kimia
  • Perlu untuk membina persamaan kimia.
  • Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan.Misalnya persamaan ion , setengah persamaan.
  • Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
      6.3.3 Huraian eksperimen
  • Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.
  • Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
  • Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.
      6.4   Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang - iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.
      6.5   Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik dan ester.
      6.6   Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat.
      Perkara yang perlu dihafal ialah:
      6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
      6.6.2 Jadual cas ion
      6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan
      6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
      6.6.5 Keterlarutan garam
      6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation
      6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.
      6.7 Bagi kertas 3
      6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.
      6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
      6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.
      6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual


SUMBER: Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris sila KLIK untuk download: 
MODULE PERFECT SCORE SBP 2009(.pdf); MODULE PERFECT SCORE SBP 2009 ANSWER SCHEME(.pdf); MODULE PERFECT SCORE SBP 2008 + ANSWER(.rar)
 

Monday, June 14, 2010

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Latar Belakang Tamadun
Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik, ekonomi dan sosial.

· Tamadun Yunani

Greece – Laut Aegean dan Mediteranean

Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.

Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan istana.

Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.

Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat keagamaan.

Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.


· Tamadun Rom

Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin

Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air,
sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana.

Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat
pertandingan pahlawan Rom

80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian,
perindustrian dan pengangkutan.


· Tamadun India

Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.

Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.

Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada ( kerajaan besar )

Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama – Dinasti Maurya.
Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.


· Tamadun China

Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula meningkatkan tamadun
terdahulu

Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga Sg. Merah di
Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan peperangan





Faktor Peningkatan


Dapat dilihat melalui aspek Politik, Ekonomi, dan Sosial.


Ekonomi : Pertanian , Perdagangan, Penghasilan barangan, sistem ekonomi.

teknologi.



Pemerintahan dan Pentadbiran



· Tamadun Yunani


Negara kota, Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi

Sebelum demokrasi , Athens amalkan sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan kaya.

Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.

Bila konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan kuasa terhad.

Beberapa orang konsul wujudkan oligarki. Lahirkan juga golongan aristokrat – ada kuasa besar –
Aristokrasi. Rakyat tidak puas hati – rampas kuasa wujud diktator / tirani – biasanya dari golongan
tentera . Ditentang aristokrat wujud demokrasi

Demokrasi wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis. Di Athens sahaja. 3000 tahun.

Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.

Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan
Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan. Begitu juga Magisterit dan Juri.

· Tamadun Rom

Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi
msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan ( Partrician ). Wujud Republik.

Republik – tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat
di wakili bangsawan. Bantu Konsul.

Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.

Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan
Perhimpunan utk kelulusan.

Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia,
Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.

Kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa
keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan
Eropah.

· Tamadun India.

Awal pembukaan 600 – 320 sm – ada dua kerajaan kecil dan besar. Kecil tiada raja dan berpuak.
Besar diketuai Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja kuasa mutlak. Diperkukuhkan
upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian Kesatria. Wujud kasta.

Raja bertukar jadi Maharaja bila Maurya satukan jadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala
hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.

Zaman kegemilangan 273 – 232 sm. Dapat tamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara,
dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati. Asoka peluk Budhha. Amalkan
keamanan dan kedamainan. Sebar lalui agama Budhha.

Wujudkan Birokrasi pentadbiran.

· Tamadun Cina

Raja bertukar jadi Maharaja – wujud empayar dan peluasan kuasa. Ubah sistem Feudal. Pemerintahan
berpusat.

Dinasti Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja
– di kalangan rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu. Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan
awam. Mula Dinasti Han

Tokoh penting Shih Huang Ti.




Perundangan


· Tamadun Yunani

Dewan Perhimpunan gubal undang. Plato bukunya Republic – kepentingan undang-undang.

· Tamadun Rom

Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat pada Papan Dua Belas. Dipamer di tempat
awam.

Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-Undang Rom atau Kod
Undang-Undang Justinian– 527 m.

· Tamadun India

Berdasark kitan Dharma Sastra – Undang-undang tua Hindu – 6 atau 2 sm.

Raja bertanggungjawab jaga kesucian. Brahmin yang mahir kerana ada kaitanm dengan agama.

Zaman Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan
dan kesjahteraan rakyat.

· Tamadun Cina

Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal
Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.

Ciri-ciri undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab itu raja mesti ada
kuasa utuh.

Bertentangan dengan falsafah undang-undang Conficius. Tekanan raja perlu ada perkara baik dan jaga
harmoni manusia dan masyarakat.

· Kesimpulan

· Aspek ini memperlihat perkembangan dan peningkatan dalam corak pemerintahan dan undang-
   undang serta pelaksanaan.

· Juga perkembangan ahli pemikir dengan falsafahnya. Socrates, Plato, Aristotle, Confucius, Han Fei
   Tzu




Peluasan Kuasa


· Tamadun Yunani

Bermula 800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia dan Yunani disatukan. Diteruskan anaknya
Alexander The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh
Mediteranean.

Sebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.

Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch. Empayar berakhir dengan kematian
Alexander.

· Tamadun Rom

Mula 27sm pd zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.

Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika
Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.

· Tamadun India

Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.

Sebab Berjaya – ada tentera yang besar : 600 gajah, 1000 org tentera berkuda, dan 10000 infrantri.

Meliputi India Utara, Punjab, Seleceus yg perintah Seleciud di Syria dan India Barat.

Bindusara – anaknya luaskan hingga ke Mysore, Selatan India.

Asoka anak Bindusara ubah cara peluasan kuasa. Lebih lembeut tidal kekerasan tentera.
Penggunaan agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.

· Tamadun Cina

Wujud semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti perintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan
kerajaan kecil, Hapuskan kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk tadbir.
Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.

Chin jatuh ganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan – ke SinKiang,
Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan KwanTung. Akhir pemerintahan ke
Jepun dan Turkistan.

Guna kuasa tentera yang besar dan kuat serta kekerasan.

· Kesimpulan

· Pengembangan wilayah, kuasa tentera, Dinasti, dan cara peluasan : Kekerasan , Agama dan
   terbuka.




Peningkatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.

Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.


· Tamadun Yunani

Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.

Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan
Phoenecia.

Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan
dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.

Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman
300sm.

· Tamadun India

Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.

Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan
mutiara.

Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara
– alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang
   kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.

Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay
di bhg Barat.

Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu,
kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.

Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.

Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg
sistematik.

Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera
di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-
buahan..

Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.

· Tamadun China

Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim,
perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.

Bidang pertanian ; Dinasti Han - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda,
kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.

Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara
bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan –
pertanian terkawal dan pengawalan banjir .

Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.

Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut
mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.




Peningkatan Sosial


Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem sosial serta sains dan teknologi

Pendidikan

· Tamadun Yunani

Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Manusia cemerlang penuhi tuntutan
mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan
Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales,
Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.

Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan
menulis.

Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara
kotanya.

Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.

Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.

· Tamadun Rom

Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur
dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.

Peringkat awal banyak tiru Yunani. Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan.
Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.

· Tamadun India

Bermula Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada
pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.

Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin
– 100SM. Sebelumnya di idtana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha: Nalanda.

Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar
saintifik dan falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.

Zaman seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..

· Tamadun China

Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di
dunia.

3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal
ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi –
terjemahkan kitab suci.

Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di
daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3 tahun, 2 - Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3
tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi
pendidik, 3 tahun sekali




Falsafah


Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.


· Tamadun Yunani

Ahli falsafah : Herodotus, Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme,
kehidupan manusia, dan demokrasi.

Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis
secara penyelidikan – Peloponesian Wars.

Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.

Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.

· Tamadun Rom

Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan
hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.

· Tamadun India

Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Berseumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.

Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700
– 600SM , Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda

Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.

· Tamadun China

Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.

Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius
tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia
bergantung pada alam sekitarnya.

Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.



Sains dan Teknologi


Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.


· Tamadun Yunani

Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu
geometri Mesir Purba dan Babylon.

Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti.
Ptolemy – astronomi Yunani.

· Tamadun Rom

Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri,
dan astronomi.

· Tamadun India

Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman
Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin
dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani –
herodianic dan ionic.

Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.

Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.

· Tamadun Cina

Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.

Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa –
diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar
yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.- Tingkatkan aktiviti perdagangan
maritim.



Seni Bina


Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang agung – monumen-monumen spt

Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.

Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.

Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan
parthenon.

Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati
kemenangan dengan Persia.

Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian , Muatan 50 ribu –
80 ribu org.

Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja
Hadrian 117 – 138M.

Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil ,
Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India

Pembinaan tembok : Cina – tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu
gerbang dan menara. Kaw. Tembok ada istana spt Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan
berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.

Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat
pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.

Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru seperti bentuk dan nilai estetik.




Bahasa dan Kesusasteraan


· Tamadun Yunani

Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod.
Hesiod penyair hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and
Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy..

· Tamadun Rom

Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat
patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )

· Tamadun India

Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita
inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya,
Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.

· Tamadun Cina

Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.

Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya
Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya
seterusnya.

Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang.

Dinasti Han – cerpen dan sajak.

· Kesimpulan

Karya dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. Tulisan kini asal drp tulisan Phoenesia dari Yunani 800SM.Dlm Yunani ditambah vokal, diubah Rom hingga kini.




Sistem Sosial


· Tamadun Yunani

Organisasi Yunani 3 kumpulan. Warganegara – ada hak politik , penduduk bukan warganegara – tiada
hak politik , dan golongan hamba – tiada hak politik.

Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan
tanah dan minoriti

· Tamadun Rom

3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara – penduduk yang ditakluki, dan hamba.

· Tamadun India

Wujud sistem kasta – unik, 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut kelas.

· Tamadun Cina

3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida, rakyat
bawahan spt petani/artisan, dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 – kumpulan sokongan.

Confucius bahagikan 4 kelas: golongan sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani
– tulang belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.

Kelas golongan tidak tetatp, mereka bertukarkan berdasarkan pencapaian pendidikan.




Sumbangan Tamadun


Aspek poltik : Demokrasi, Republik.

Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu. Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.





Agama dan Tamadun Manusia

Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme.

· Agama Hindu

Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian
yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik. Tuhan 3 fungsi : Mencipta(Brahman), Memelihara
( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram,
dan Saura.

Sejak empayar Maurya penting – didominasi Brahmin. Percaya hukum karma – kelakuan manusia
semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan
hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi..

Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 – 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.




· Agama Buddha

Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat
ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran
dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran
mulia dan Jalan 8 lapis.

Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab
Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.

Empat kebenaran yang mulia

Kehidupan penuh dengan kepahitan

Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu

Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu

Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis

Jalan lapan lapis

Kepercayaan dan pengetahuan yang baik

· Bebas daripada kepercayaam karut

· Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.

· Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).

Keinginan yang baik

· Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.

Pengucapan yang baik

· Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.

Kelakuan yang baik

· Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan
   dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.

Makna kehidupan yang baik

· Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.

Usaha yang baik

· Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.

· Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan

Pemikiran yang baik

· Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.

Pertapaan yang baik

· Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan
   istimewa.






· Agama Kristian


Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari
lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament – dikenali sebagi
bible.

Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM. Sebelumnya
masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.

Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.

Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.





· Agama Islam


Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua
Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke
Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.

Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk
keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan @
undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. – Petunjuk kepada orang Islam. Akidah
dan Syariah sumber ketamadunan Islam.

Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.



· Confucianisme


Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung @ Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak
jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.

Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada
ibubapa (xiao).

Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.

· Toaisme


Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te
Ching.

Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.

Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak
terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika
tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.